 |
 |
 |
|
Apr 12, 2006
Buat kesekian kali.. dah lama tak berkongsi kat blog ni... rupa rupanya ada juga yang menunggu... haha.. x sangka.. bukan apa.. kekadang serba salah nak tiggalkan cerita kat sini.. sebab akhir2 ni... rasa nak mengkritik orang jer.. tak puas hati ngan orang tu, x puas hati ngan orang ni... tu la salah satu sebab aku mengelak dari menulis dalam beberapa minggu ni...
Well.. aku baru je sampai dari penang... show hijjaz smalam.. sempat nyanyi 3 lagu jer... 2nd slot dah kena balik sebab hujan.. hijjaz balik awal sebab abang isman ada kerja. aku plak lepak hotel n jam 3 td baru btolak balik.. lagipun ada discussion dengan en jamal, orang jaipp..
Sampai2 jer umah.. bai tengah mengemas bilik.. tukar carpet 'subsidi'.... so, ketiga2 bilik dah jadik macam office... perut rasa lapar, tu sebab aku keluar ni.. cadangnya nak makan. terencat plak bila teringat cc.. teringat sahabathijjaz.. teringat memember ym.. teringat email dari indon.. cadangnya jap lagi baru makan.. kot2 ada bola kat astro, bleh layan kat kedai mamak jap..
Banyak benda yang benda yang berlaku dalam beberapa minggu aku tinggalkan blog ni... dari cerita album baru mie, lounching hijjaz biotech, kerja, kengkawan office, my dear sister, family dan diri aku sendiri... banyak yg buruk dan ada juga yang baik... harap2 aku x tewas 'menentang' masalah aku sendiri.. nasib baik orang2 sekeliling aku ada.. at least aku ada sokongan secara x langsung.... yg x jemu2 melayan karenah aku, yg setia berdiri disisi aku, thanks a lot... aku terhutang budi..
Dalam 5,6 bulan ni ada banyak benda yang akan berubah, banyak benda yang akan berlaku. sama ada dalam sedar mahupun tidak. namun, perlu bagi aku.. mungkin untuk masa2 yg akan datang.. aku teruskan usaha untuk membiasakan diri.. memang susah, tapi itulah pengalaman... walau apa pun yang aku buat.. rasa rasanya aku dah kembali macam aku yg dulu.... cuma untuk beberapa bab.. tengok awan.. kekadang mendung, kekadang cerah.. tapi x hujan pun..
Dalam sibuk bekerja, aku mencari jalan untuk membahagiakan diri aku sendiri.. bahagiakan mak, ayah, adik2.. tanggungjawab yg wajib untuk aku... dalam masa yg terlalu singkat dan padat ni.. terlalu banyak benda yang aku fikirkan... kasihan keluarga aku, nak buatkan diorang happy pun terbatas... itu yg aku fikirkan hari demi hari.. sebagai anak sulung, kekadang rasa kecewa sesangat... mudah mudahan ada jalan keluar untuk aku satu hari nanti...
To my dear sister.... tahniah sebab dah bertunang.... automaticly, sedikit sebanyak aku segan dengan orang yg dah ada ikatan ni... x boleh nak ajak sebarangan kalau nak kemana... kalau dulu.. dialah yg paling setia kalau aku nak kemana mana... walaupun sebenarnya dia yg banyak mengajak aku.. nak jalan2 dengan orang lain aku susah sikit tp dengan dia x der masalah sebab kakak aku.... suker ati la nak kemana mana... honestly, aku dengan dia dah x serancak dulu... sebenarnya aku yg anggap macam tu...nak buat cemana... dah fitrah aku..
Minggu ni, album abg mie release... maknanya, semakin rancak la promotion utk dia.. tahniah untuk dia sebab aku rasa album baru ni best!.. banyak konsep.. dan untuk dia.. semoga dia berjaya dengan apa yg dia dah buat.. harap2, x ada alasan untuk dia menoleh ke belakang.. InsyaAllah, aku akan cuba buat yg terbaik untuk penampilan dia kali ni.. amin..
Hijjaz biotek industry... syarikat baru milik hijjjaz.. cuba mengetengahkan susu awal lembu yg baik untuk kesihatan... produk makanan pertama keluaran hijjaz dan bumiputera... bangga juga aku jd keluarga hijjaz group.. aku yakin satu hari nanti, hijjazakan ada banyak produk makanan sendiri.. cuma kena berusaha untuk mantapkan produk pertama ni dulu.. walaupun aku x dilibatkan secara langsung.. aku doakan, produk ni akan berjaya membawa hijjaz ke industri makanan dengan berjaya...
Posted at 06:04 am by syamiel
Permalink
Mar 4, 2006
Seronok juga... mula2 macam susah tapi bila dah lama2 rasa seronok plak... bukan keja apa sangat pun, cuma jadik back up singer untuk bebudak AEMAN dengan album baru SUHAIMI... sebelum ni untuk album UNIC dan MESTICA pun ada jugak tapi sikit jer la.. cuma kali ni aku terlibat lebih dari sebelum ni... antara lagu2 yang aku terlibat setakat ni:
SUHAIMI.
- Pesona Zulaikha - wehh... part simple rapping tu yg best tu... yang lain cam biasa jer.. yg terlibat aku, pian ngan abang mie sendiri. ni lagu abang munif..
- Selawat - lagu abang mie sendiri but back up vokal, aku, pian dengan ahli nowseeheart. relaks then dapat belajar banyak jenis voicing..
- Zapin - ni lagu abang isman.. 1st time aku buat back up untuk lagu abang isman.. biasanya lagu2 abai jer..
-
akan datang x sure lagi sebab cuma tinggal 2 lagu jer..
AEMAN
- Dipondok kecil - lagu lama.. best gak but mood baru.. abai yg produce.. ok cuma belum siap... ni aku ngan abai jer buat back up..
- Disini Kami Berkumpul - lagu ni lebih bervariasi.. abang isman yg produce.. menarik gak... ni aku buat back up dengan bai UNIC.
- Sepohon Kayu - Abang isman gak produce.. best gak.. ni pun aku dengan bai yg buat back up.. baru je buat tadi...
- Hari Lahir - ni lagu Abai.. dia yg cipta dan dia yang produce..
satu lagi aku x ingat lagu aper..
Posted at 05:30 am by syamiel
Permalink
Mar 3, 2006
alahai.. maaf la kengkawan...bukan x nak update tapi dah memang jauh dari internet... semua pun tahu kan yang Hijjaz Records dah berpindah ke office baru yang lagi best... yer la.. dah lama hijjaz mengidam nak studio sendiri dan dah tiba masa untuk kami ada studio sendiri. alhamdulillah, akhirnya termakbul la sudah dengan adanya bangguna 3 tingkat di dataran sunway, kota damansara... so, 1st floor is for marketing ( Hijjaz Marketing Distributor) dan juga anak syarikat baru (Hijjaz Biotech). 2nd floor is Hijjaz Records Sdn Bhd (office aku ler tu..) dan 3rd floor adalah studio kitorang...
walaupun nampak agak hebat, yang hanginnyer.. office aku ni kat kawasan baru, so confirmla belum ada talian hayat.. erk.. ttalian telefon.. so, segala internet, fax n telefon memang x dapat masuk until next week... so bayangkanlah kesengsaraan kami nak buat kerja dari bulan 1 sampai bulan 3 baru dapat... tambah la kalau nak online internet selalu confirm la x dapat.... insyaAllah.. next week semuanya akan beroperasi seperti biasa...
Posted at 11:38 am by syamiel
Permalink
Nov 13, 2005
Posted at 02:10 am by syamiel
Permalink
Nov 12, 2005
Raya, raya, raya... hrm.. dah sebulan berpuasa, skang dah time raya plak... seronok raya tahun ni.. paling meriah dalam hidup aku rasanya... banyak kenangan raya kali ni.. n 1st time beraya dengan 2 pasang baju melayu. sepasang baju sponsor dari office, siap dengan kerawang2 skali dan sampin.. sepasang lagi plak baju kesayangan aku untuk tahun 2005 ni dan rasanya sampai bila2... cuma aku tgh cuba carikan sampin dia..
well.. kali ni, tema warna family aku is purple.. but, baju aku x ler se'purple' mana sebabnya baju tu kaler pink purple acct. tahun depan ingat x nak buat camni.. nak beli kain plak untuk kedua family aku.. baru la seronok.. then baru tempah baju sendiri..
then, rumah sanak saudara aku kali ni paling meriah dengan kehadirn "orang baru" dalam keluarga besar aku.. kali ni tokwan ceria betul.. dah boleh pergi pasar dengan nenek. kalau dulu baring jer atas katil sebab sakit.. sekarang dah sihat sangat.. tolong pergi pasar, tolong potong daging, bakar lemang.. wah!! seronok...
kuih pulak jangan cerita la.. selain kuih ada lemang, ketupat, rendang belum kira lagi mee rebus, laksa, bihun sup, wahh!! sumer ada.. dan inilah 1st time aku spend sikit duit untuk jadikan duit raya untuk adik2 sedara aku dan juga 'bookmark' artis2 hme untuk mak2 saudara aku yg 'pow' aku duit raya...
time2 ni teringat la jugak kat sis aku seba dia raya ngan adik2 dia jer tahun ni.. sian... aku nak ajak balik kpg pun macam x logik gak.. yer la.. adik dia keja pastu aku nak angkut dia ngan aper?... tapi kebetulan kat kampung x der line hs so, terputus la hubungan kejap.. apapun, aku ingat raya ke-3 aku balik kl, so of coz ada plan paper ngan dia... ok la kan..
haha!! plan raya ke-3 x jadi!! wah!! best jugak... sedih ada, terkilan ada, aku x tau nak cakap camner.. itu yang buatkan azam untuk aku dapatkan kereta lebih kuat bila terkenangkan punca program kansel tu sebab transport.. kesian orang yang menunggu aku tu... kesal pun ada sebab aku yg berjanji dengan dia nak datang berya kat umah... sib baik la sehari sebelum tu aku ada cakap pada dia.. jangan terlalu berharap pada kehadiran aku nanti.. aku harap dia faham.. dan dia sememangnya memahami...
ada hikmah juga aku x pergi umah dia.. sekurang kurangnya, aku dah berjaya kemaskan umah bujang aku.. haha... skang dah rasa lega skit.. cantik umah aku.. hehe pujuk diri sendiri sebenarnya...
Posted at 04:09 am by syamiel
Permalink
Oct 10, 2005
Minggu ni aku didedahkan dengan irama nasyid yg baru. dari indonesia sedap untuk jadi halwa telinga bagi orang2 yang macam aku ni.. tapi relitinya, agak berat muzik dan konsep yg cuba disampaikan walaupun ianya membawa imej nasyid. Sakha... Group nasyid yang membawa irama segar berkonsepkan pop & sedikit rock. Aku cukup suka dengan lagu yg mengisahkan tentang seorang ibu.. sayu jer... tapi akak aku x suker plak..
Sebenarnya, bukan la pelik sangat.. sebab sebelum ni aku dah pernah dengar muzik yang lebih berat.. nasyid, tapi konsepnya hip hop! wehh.. jangan terkejut.. kat negara barat, bangsa berkulit hitam yang menganut agama islam lebih cenderung kearah muzik macam tu.. Bagi aku ler.. asalkan dia masih memperingati kita dan mendekati kita pada tuhan, mengapa harus dilarang? yer la... aku asalnya daripada golongan yg bukan nasyid, tetapi tertarik bila adanya kelainan pada muzik dan barulah aku nampak apa yang nak disampaikan.. itu cuma pendapat aku.. orang yang jahil dengan ilmu2 muzik ni.. pada aku, daripada terhibur dengan lirik2 yang x sopan dan imej yang bukan2, lebih baik pilih muzik yg lebih baik daripada apa yg kita boleh dapat tu..
Dah jam 1 pagi.. jam 10 nanti ada meeting staf. erm.. lama x meeting, apa la pulak masalah yg nak timbul nanti. tapi, best jugak.. lama x berbincang. tapi biasanya aku diam jer dalam meeting kecuali bila sampai turn aku bercakap. agaknya, itu yang buatkan aku ni x kreatif agaknya. syamiel syamiel..
bila la ngko nak berubah yer?... aku bleh agak apa soalan yg akan diajukan pada aku.. pasal lesen la tu.. apa lagi.. adehh...
Dalam x ada lesen kereta tu.. sempat juga aku berangan nak 'pakai' kereta tahun depan.. erm. untuk kemudahan aku jugak. sekurangnya x ler menyusahkan muaz lagi. kesian dia, asyik dia jer kena bila bab2 kereta timbul.. dah ler selalu menyusahkan dia.. :p lagipun, untuk kemudahan aku jugak yer tak.. kesian jugak kat orang yang tak jemu2 pesan kat aku soh amik lesen.. tapi nak buat macamana.. hati sekeras batu kalau disiram dengan air sirap ais pun x dernyer mau lembut...hahaha..
Ya Allah.. rindunya dengan suasana rumah.. bila la aku nak ada rumah. err.. sekarang ni bukan la x ada rumah, cuma macam banyak sangat kekurangannya kalau nak dipanggil rumah.. dah ada bunyi bunyi 2,3 orang nak keluar dari rumah tu... erm... macamana yer.. apapun, kalau semua nak keluar jugak, aku x bleh larang la.. cuma aku plan, kalau dah tinggal aku sorang jer.. aku tetap akan tinggal kat situ.. yer la.. sewa pun ok, suasana pun ok, cuma kena 'adjust' jer sikit2 kasi cantik kemudian bolehlah aku jadikan 'istana idaman'....
Posted at 10:16 am by syamiel
Permalink
Ya Allah.. x sabarnya nak balik kampung.. sejak aku bertugas disini, rasanya baru sekali aku balik kampung. itupun umah adik aku tapi family lain ada sama.. umah ayah jer belum.. InsyaAllah, aku ingat nak balik raya nanti nak hadiahkan dia sepasang baju. Inilah kali pertama aku nak belikan untuk dia.
Tema family aku kali ni ialah warna purple.. adik2 aku yang perempuan dan emak aku dah setel, cuma tinggal sorang lagi adik perempuan, emak aku sorang lagi ayah dan adik lelaki aku yg sorang tu.. eh! aku punya pun belum lagi ler... saja la kali ni nak meriah meriah sikit. setahun sekali dapat happy sikit, ok la.. asyik sedih jer selalu... ;p
Sian sis aku, dia beraya sorang lagi ngan adik2 dia kali ni.. alahai.. sedih plak nak tinggal. cuti lama plak tu.. sian kat dia.. tapi x per.. rasanya aku balik awal. sib baik ada muaz dan hijjaz harapnya x balik kampung lama ler.. Nanti, sebelum balik kampung aku janji nak keluar ramai2 dengan muaz n kalau ada lagi memember yang nak join round2 sambil beli hadiah untuk family aku dikampung. Heh! raya kali ni aku balik naik moto. Bagus jugak, x perlu berebut2 beli tiket bas. ala.. tolong pakcik aku bawak balik moto ke kampung.. ok gak..
Dengar kata, raya kedua dah ada show kat ipoh.. alahai.. ada plak shownya time2 raya ni.. Hari tu hari untuk berkumpul di umah ayah aku sebenarnya. Nasib baik aku dah bagitau awal2 yg aku ada show but malam jer rasanya.. dan x der la lama.. dari umah ayah aku ke ipoh cuma 1/2 jam jer.. harap harap la x jadi..
Posted at 07:37 am by syamiel
Permalink
Hmmm.... dah lama x melawat blog sis aku.. serius aku macam dah malas nak fikir orang lain.. tapi bila difikir fikirkan, aku bukan hidup seorang, aku ada ramai orang yang aku sayang dan perlu aku amik berat. kalau tak banyak, sikit.. bergenang juga air mata bila terpandang baris baris ayat yg menyentuh hati aku..
Hari ni aku nak kongsikan kenangan dengan kakak kesayangan aku jer.. Diam tak diam, sedar tak sedar, dah lama aku kenal dia. sikap dia yang 'caring' tu buatkan aku cukup senang dengan dia. bukan aku saja, malah dengan orang lain pun dia buat benda yang sama. orang cakap dia garang. bagi aku dengan dia cukup mudah untuk bawa berbincang. sebab tu ramai orang sayang dia. dia boleh sejukkan hati sesapa saja yg tengah panas. dia boleh tolong uraikan apa saja masalah yg susah susah. selalu sebut benda benda yang positif dan aku x nafikan yang dia antara orang yang kreatif..
Alhamdulillah, aku rasa dia dah punya teman yang sesuai. sekurang kurangnya lepas ni dia cukup senang dan selesa dengan masa depan dia. harapnya, orang yang akan bersama dia tu akan menyayangi dia sebagaimana kami disini menyayangi dia. serius aku x penah jumpa, tapi selalu dengar dia bercerita. muaz pun penah cerita. katanya, orangnya baik.. senang hati aku..
Aku janji dengan diri aku, yang satu hari nanti aku akan jumpa orang yang ada persamaan dengan dia. rasanya macam ada.. haha.. erm.. relaks arr syamiel... umur ngko muda lagi la... ;)
Posted at 07:17 am by syamiel
Permalink
Oct 4, 2005
Dah lama aku tak coretkan apa2 kat sini. Maklumla.. agak bz sikit sejak akhir2 ni. samaada aku memang bz ataupun aku yang buatkan diri aku bz. Pernah juga berlaku masa aku cuba nak siapkan kerja, tetiba je fikiran aku 'blur'dan masa tu banyak masalah datang bertimpa timpa. alah.. masalah tak besar manapun tapi aku yang susahkan diri dan membesar besarkan masalah..
Esok, umat islam dah mula berpuasa dan menyambut bulan ramadhan. Maknanya, malam ni dah mula solat terawih.. erm.. bestnya suasana ni.. cuma, cepat pula masa berlalu.. kejap sangat.. x lama lagi dah masuk 2006. macam x banyak benda yg dapat aku buat tahun ni.. apapun, semoga bulan yang penuh berkat ni, ditambah pula dengan bersama sama 'keluarga baru' aku ni, mudah mudahan dapatlah aku penuhi dengan perkara perkara yang bermanfaat. amin..
Minggu ni aku rasa best sangat. bukan apa, semua yang terbuku dalam diri aku sebelum ini, apa saja benda yang aku simpan dan rahsiakan seorang dah dapat aku kongsikan dengan orang yang paling aku percaya.. hampir 80% rahsia yg aku simpan dan apa saja yang menjadi bebanan pada diri aku dah pun dapat aku kongsikan dengan orang yang paling aku percaya selain dari keluarga aku sendiri. Rasa selesa sangat.. Sebelum ni, kalau ada apa2, aku pendam dan diam jer.. Tapi, x mungkin la aku nak ceritakan segala galanya 100%.. tak best jugak kalau x ada rahsia langsung kan?..
Posted at 04:11 am by syamiel
Permalink
Jun 29, 2005
Kelantan Lagi...
Erm.. ke kelantan lagi aku kali ni.. aku bagi jaminan pada kakak aku yang perjalanan kali ni tidak akan membawa masalah pada sesiapa pun.. dan aku cukup yakin dengan kemampuan aku untuk tugasan pada kali ni.. Namun, kusangkakan cerah hingga ke petang.. rupanya, hujan lebat ditengah malam!! Show kali ni telah menyaksikan beribu ribu peminat nasyid terpaksa berada didalam hujan semasa menyaksikan persembahan dari Unic, Nowseeheart dan juga far east..
Kalau nak diikutkan, memang berat je hati aku nak ke kelantan pada kali ni.. namun, aku kena akur.. Hijjaz Music ni bukan ayah dan mak aku yang punya.. kalau diorang punya, suka hati la aku nak keja ke tak.. tapi, aku cuma dipertanggungjawabkan dan aku sedang bekerja.. aku tak tau, kenapa la berat aku nak buat kerja ni kali ni.. nak kata pasal kes penganjur x beli tiket flight aku, mungkin la itu satu hal jugak.. rupanya.. lepas show baru la aku tau kenapa..
1.Hujan Lebat..
- mula mula, petang tu jer aku dah dengar bunyi guruh.. aku dah mula risau.. pertama, kesian pada penganjur.. kedua, risau artis2 aku kena hujan.. ketiga, peminat la kena hujan.. sebab tapak show tu dipadang.. kerisauan aku tu semakin memuncak bila time aku nak turun dari hotel jer.. penganjur dah call bagitau dah hujan..erm.. aku dan unic, turun jugak.. x kisah la.. serah jer pada tuhan.. kuasa dia.. rahmat hujan ni pun, dari dia..
- belum sempat sampai ke tapak konsert, masing2 menarik nafas lega bila hujan berhenti.. aku set up lagu dan giliran show.. unic akan buat persembahan selepas far east. rasanya, ok la.. but, sekali lagi aku risau bila time lagu far east yang terakhir jer.. hujan mulai lebat dan beribu ribu orang penonton mulai lari lintang pukang untuk mencari tempat berteduh.. angin semakin menggila.. aku yang duduk dibawah khemah p.a system selamat dari basah.. cumanya, kesian pada penonton..
2. Penganjur
- Ni satu lagi hal.. mula mula kata ok x ada masalah, but at last, ada plak masalah timbul dari segi bayaran. Letih juga la aku nak explain benda ni dari pelbagai segi. Jam 3 pagi baru bleh tido. dah le tiket flight aku x beli.. isk.. sorang yang x datang show dipersoalkan dengan bayaran show. ler.. aper la kena mengena plak.. sakit jiwa aku.. but aku still relaks walaupun rasa nak 'meletup' dah.. yer la.. bercakap dengan ustaz ustaz, siap buka hadis2 lagi.. kalah ler aku.. tapi aku masih pegang pada tanggungjawab aku. Kalau tak...
3. Duit Hilang!!!!
- perh... tensyen tahap agung.. duit jualan yang banyak tu hilang pulak masa aku 'check in' beg di airport. erm.. potong gaji la nampak gayanya... memang la abg ipin kata x kisah, juz buat report. tapi, apa orang lain kata nanti.. sebabnya, x logik la seba beg aku yg murah tu jer yg pencurik tu nak bukak kat airport tu sedangkan baratus ratus beg yang lagi mahal2 ada sekali. daripada aku pening kepala pikir orang nak kata, baik aku senyum tawar bayar balik duit yang hilang tu...
Dah la bebudak tu hilangkan 'token' parking kereta kat airport... adoi....
Erm.. tu la diantaranya... agaknya sebab selalu sangat buat show kat kelantan le tu kot...
ataupun, banyak sangat dosa aku... tu sebab aku 'dibayar cash!!'..
Posted at 05:05 am by syamiel
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
syamiel..sebuah nama virtual
hadir di dunia maya bersama harapan ukhuwah
menggalas impian ummah
menjunjung cita-cita berhikmah
moga huluran mahabbah
berkekalan dunia dan akhirah

|
 |
|