 |
 |
 |
|
Jun 10, 2005
Seorang ibu berjalan dengan anak kesayangannya disebuah bandar. Tersenyum dia bila melihat anaknya itu berlari lari riang. Barangkali terlalu seronok bila dibawa berjalan ke bandar..
Ibu ini terkenang disaat kelahiran putera kesayangannya.. sehari selepas kelahiran, rezeki ibu ini dirasakan melimpah ruah.. kata orang, 'rezeki anak baru'.. Yang paling nyata ibu ini diterima untuk bekerja disebuah jabatan kerajaan. Dua berita gembira hanya dalam satu hari.. Satunya kerana menerima cahaya mata lelaki, keduanya kerana diterima untuk bekerja...
Putera didepan mata inilah yang mewarnai hidupnya serta suami.. Anaknya yang tadi berlari lari riang tiba-tiba berhenti sambil merenung sesuatu yang berada didalam cermin kedai. berkerut dahi ibu melihat telatah anaknya itu. Apalah yang menarik perhatian sehingga anaknya ini menarik tangannya dan beria iya menunjukan sesuatu didalam cermin.. Ibu ini melihat kedalam cermin dan kemudiannya tersenyum tawar apabila melihat sebuah kapal terbang permainan yang menjadi idaman putera kecilnya...
Dengan nada lembut ibu ini memujuk anaknya agar segera beredar dari kedai permainan itu. tetapi, putera kecilnya berkeras dan masih tidak mahu berganjak.. Hati ibu ini resah mengenangkan wang yang berada didalam beg tangannya hanya cukup untuk membayar tambang bas ke rumah. Namun putera kecilnya masih lagi berkeras dan tangisan mula kedengaran.. Jauh disudut hati, ibu muda ini terasa malu kerana gelagatnya anak beranak sedang diperhatikan oleh orang sekeliling..
Tiada cara lain lagi, dia mengajak puteranya itu masuk kedalam kedai dan meminta pekedai membalut permainan yang menjadi idaman. Wajah anak kecil tadi bertukar rupa.. melompat lompat gembira.. Akhirnya tercapai juga kehendak hati.. Masa untuk pulang kerumah dan bermain.
Sejurus kemudian, kelihatan ibu ini berjalan sambil mendukung anak kecil yang memegang kapal terbang permainan. Tiada lagi wang untuk tambang bas. Jauh disudut hati ibu ini , tenang menyabarkan diri sambil memikirkan 2 jam perjalanan yang perlu diambil untuk tiba ke rumah..
Posted at 10:42 am by syamiel
Permalink
Jun 2, 2005
Antara Dua Kasih....
isk... tu tajuk jer la... erm... hari ni terasa bosan sikit... sebabnya, aku dah 'berperang' dengan sorang member baik aku.. so, automaticly, mood aku pun hancus la hari ni... but aku puas hati... sebetulnya tu la kata2 aku yang dah sekian lama aku pendam.. bukan aku benci dia tapi, dia dah buatkan kawan2 aku yang lain susah hati... bagi aku, salah tetap salah.. kalau berkeras jugak, aku pun nak join sama.. bukan sebab aku ni degil ker aper ker.. kalau dia buat kat aku sorang, aku tak kisah sangat.. dah masak dengan perangai dia.. but, dia dah melibatkan hati dua tiga orang member aku.. erm.. apapun, aku masih lagi hargai jasa dia pada semua... tetambah jasa dia ngan aku... bukan sebab aku nak kurang ajar dengan dia... tapi pengalaman mengajar aku tentang perangai dan sikap dia.. so, bila 'amier' mula bersuara.....
kepada dia, aku mohon maaf, itu plan aku sendiri... aku bertindak dengan bersebab... sekali lagi aku ulang, aku x pernah membenci sesiapa... ttambah plak aku pernah kata dia antara kawan baik aku. cuma, keadaan perlu berubah... walaupun persahabatan perlu dikorbankan.... aku tak suka orang cepat tewas, walaupun aku kadangkala hampir jadi macam tu... mungkin dia bermasalah tapi perlu diingat, ada lagi yg lebih bermasalah... dia rasa susah tapi ada yang lebih susah...
Posted at 09:11 am by syamiel
Permalink
May 23, 2005
Yang Abadi....
well... tadi.. tengah tengah aku seronok berbual dengan kak atie... tetiba.. ada pangilan yang
x dikenali.. dengar jer suara tu aku terkejut.. sangat2 terkejut... aku x sangka akan dengar lagi
suara tu.. erm.. kawan2 lama.. but, aku rindukan suara2 ni.. yang aku rasa x kan dapat dengar lagi...
but... macam biasa.. suara tu akan datang dan pergi.. pada aku, hilang pengertian seperti dulu..
kali ni aku benar-benar pening... mana satu masalah yang perlu aku selesaikan dulu.. antara
ketiga-tiganya ni memang perlu diselesaikan.. hari demi hari.... aku seolah terhimpit, antara masalah,
tanggungjawab dan tugas... aku perlu letak diri aku kedalam ketiga tiganya tu.. nak tak nak, aku tetap x boleh lari... Ya tuhan... sungguh mencabar ujian darimu.. mudah mudahan aku diberi kekuatan serta tabah untuk menghadapinya....
kalau nak kata masalah aku besar, maybe ada lagi masalah orang lain yang lebih besar.. cuma macamana aku nak lepaskan tension?.. salah satunya, ni ler... blog ni la jadi mangsa... keduanya... herm... korang bleh tengok aku buat kerja mengarut... ketiganya... "weh!!! malam ni ada citer apa yer kat cinema??".... tapi kan... kawan aku pesan... yang terbaiknya, amik wudu' buat solat sunat skit then duduk arr baca quran... sejukkan ati dan relaks kan otak dengan wudu' dan ayat suci..
adeh... pancit lagi tayar motor... aku jual jugak kang motor ni.. tapi kalau dah jual aku nak naik aper?.. aper hal la... smalam tengah kelam kabut beli barang kat sepupu tetiba tarasa melayang jer masa bawak moto.. dah sah! pancit lagi buat kali yang ke 888 kali.. adeh... tensyen.. dah la 2 jam lagi nak bertolak g show... ahh! selamber la... dari puchong sampai umah bujang aku naik motor x der angin... pedulik apa aku... asalkan selamat sampai... show pegi x lambat.... tapi kan.. aku nak naik aper pi keja esok? arrrgghhh!!!!!
Posted at 12:31 am by syamiel
Permalink
May 22, 2005
Destinasi Cinta...
Dah lama aku berfikir... apa matlamat aku di syarikat ni... cuma, sebelum tu macam aku x dapat nak jawab, yer la.. aku pun tak tau apa matlamat sebab x nampak.. skang ni dah ada la sikit benda yg aku boleh jawab kalau aku ditanya soalan macam ni... seboleh bolehnya, aku nak cuba usaha dan jadikan Hijjaz (dan juga artis bawah naungan) lebih berjaya dari apa yang ada sekarang.. mungkin sekarang dah berjaya, tapi aku nak jadikannya lebih dari ni.. kalau sekarang, artis hme juz dijemput dalam majlis2 atau program dalam negara ni je.. kalau boleh, aku nak jadikan setiap bulan, ada jer program kat luar negara plak... hahaha... (giler tak??)..
Dan yang keduanya.. Jualan album plak, kalau boleh, nak lebih dari yang ini... skarang ni alhamdulilah.. album2 dari artis2 hme masih lagi mendapat tempat dihati peminat, dan masih lagi menyaingi jualan artis tempatan yang lain.. tapi kalu boleh, aku nak jadikan album2 hme dipasarkan diluar negara kalau boleh.. mungkin bukan konsep yang ada sekarang ni... tapi dengan konsep yang lebih diterima... kalau boleh konsep yang macam nada murni dulu.. cuma kena moden la sikit.. x banyak beza but still konsep yang sama macam tu..
Ketiganya, kalau skarang ni, produk yang ada juz like album, merchandise... lepas ni kalau boleh nak tolong realisasikan cita2 bos aku.. nak hasilkan produk makanan plak... mana ler tau, leh jadikan sos jenama hijjaz ke.. kicap ker, sosej ker... ok la... bertambah lagi produk orang islam.. dan yang penting, bukan jer dijual dalam negara, buat luar negara pun ada gak.... selain tu, produk pakaian pun jenama hijjaz, macam jubah, baju kurung, tudung dan juga seluar... hehehe
Ini antara matlamat aku jugak... kalau dulu, sahabat hijjaz cuma kelab peminat biasa, sekarang dah hampir nak jadikan syarikat... aku nak pastikan satu hari nanti, SNE ni jadi sebuah kelab yang ahlinya bukan saja ada dimalaysia ngan singapore dan juga indonesia... tetapi diseluruh negara islam yang berdekatan.. so, gathering pun, x ler asyik kat k.l central jer.. lepas ni bleh la buat gathering kat pakistan ker, tembok besar cina ker, jordan ker, kat iran ker.... so, jualan dan promosi kelab pun akan bertambah dengan terhasilnya jenama dari SNE sendiri... bos aku penah sebut, kelab ni bukannya kelab macam machaster united ker arsenal ker... but, aku akan bantu kengkawan aku jadikannya sampai tahap tu... (weh!! jangan la gelak plak!!!!)
Posted at 11:47 am by syamiel
Permalink
May 16, 2005
sebelum ni.ramai yang tegur bila melihat perubahan aku... bukan la teruk sangat. ada yang
seolah olah macam kecil hati denganku.. ntah ler, aku rasa macam x ketara sangat pun.. kata diorang
kalau dulu, aku senyap jer.. cakap pun 'sopan' jer... (diorang kata, bukan aku kata!..) tapi skarang ni
dah banyak cakap.. aku balas, ok la tu.. ramah kan bagus.. diorang plak respon, aku ni dah pandai
laser (hahahaha..) ader ker dikata aku laser sebab kerja kat hme (perlu ker??...) isk.. kalau difikir
fikirkan balik.... x ler sebab kerja sangat pun.. cuma selepas aku menilai sesuatu dari banyak segi.
aku rasa, bersuara tu perlu... cuma, bergantung la pada penilaian orang. sejauh mana orang menilai
apa yang kita suarakan..
at least, bila bersuara... ataupun meluahkan pandangan.. aku rasa lebih puas hati.. dan x der la
terasa macam ada beban dalam diri.. cuma, kalau ada salah.. kena la ada orang yang betulkan..
bukan tengok jer... dan kemudian.. komen belakang.. penakut! aper la..
...............................................................................................................................................
adoi!!! tadi kena 'skrew down' dalam meetin'.. topik kecik jer.. sebab lesen aku.. (isk! besar jugak
rasanya isu nih!!..) erm... aku pening ler.. bukan x nak buat, tapi.... ntah la... rasanya esok aku dah pergi daftar... harap2 dapat setel awal... x der la orang nak bising2 lagi.. kerja aku gak lebih senang
lepas ni. lagipun, aku rasa itu salah satu kekurangan yang tak patut ada pada seorang lelaki.. aku
pun x faham kenapa aku x nak sangat amik lesen... hehe.. bukan x faham sebenarnya... but...
...............................................................................................................................................
Posted at 07:08 am by syamiel
Permalink
May 15, 2005
Syamiel '05
First time masa datang ke k.l (masa penghijrahan aku kesini) plan juz 3 days before...
itupun masa aku dah bosan sebab banyak sangat la masalah 'kengkawan' aku kat penang tu..
so, untuk menyelamatkan keadaan aku dan diorang, so aku rasa baik jer aku beralih angin...
padahal, masa tu aku baru jer ditawarkan untuk bertugas disebuah hotel di penang as a technician.. bukan la masalah besar sangat pun... cuma, aku rasa.. dah sampai waktunya aku berdikari..
aku call hatim, dia tinggal kat klang. tanya dia apa kerja yang ada.. dia berniaga.. kebetulan
time tu 5 hari lagi nak puasa.. so dia cakap ada kerja kosong.. bantu dia kat kedai borong..
so, aku set jer.. x kisah la kerja apa asalkan halal. nak cari kerja yang bersesuaian pun masa tu
macam leceh sangat.. yer la, semuanya nakkan pengalaman. padahal, kalau diorang x kasi kerja,
mana bleh nak ada pengalaman...
dengan motor aku tu ler aku bertolak ke k.l. bawak baju skit then terus ke klang (yg sebetulnya..)
aku sampai kat situ dan bekerja lebih kurang sebulan.. belajar berniaga sesikit.. then aku plan
untuk bekerja ditempat lain. lepas raya. actually, aku dapat tawaran di sebuah hotel di langkawi
masa tu.. kerja kat unit pengurusan.. macam ok jer.. but, ntah aper sebab. aku tolak.. dan masa
tu dapat tawaran di hotel bukit merah laketown. pun aku tolak jugak.. rasanya, jiwa aku dah sesuai kat k.l.. dan aku nekad nak carik yang terbaik untuk aku sendiri di k.l ni..
sebulan lepas tu, dapat tawaran as a technician di regal marine engineering services, klang. kerja
ngan kapal.. hari2 tengok kapal tengok laut.. best jugak.. cuma kerja berat skit.. yer la.. lepak
kat bilik engine jer.. ngan panas nya, ngan bisingnya.. actually ok.. but yg x bestnya, aku 'diganggu' tiap hari minggu masa tidur.. aiseh.. kena pergi tgk kapal rosak..
3 bulan lepas tu.. dapat tawaran di toyota assembly.. pusat pemasangan kenderaan toyota..
alhamdulillah, kerja lebih ringan dan banyak cuti plak tu.. dan ada peluang untuk aku tingkatkan
tahap aku untuk keperingkat yang lebih tinggi. aku juga berpeluang untuk ke jepun kalau aku
berkhidmat lebih dari 3 tahun..
but, masa tu.. aku dah agak aktif dengan kelab sahabathijjaz ni.. yer la, boring hari minggu kat
umah, aku gi office hme. mana tau kot2 dapat tgk show hijjaz, inteam, unic n mestica kat area
around k.l.. ok la.. then, lepas 6 bulan berkerja di toyota, aku dapat peluang untuk bertugas di hme
ni.... alhamdulillah.... but, aku perlu korbankan sikit cita2 yang aku tanamkan kat toyota tu...
sebabnya, minat aku kat sini lebih....
Posted at 03:40 am by syamiel
Permalink

adehh.. panas kepala... tensyen.. dari tadi dok design menatang ni x jadi-jadi jugak...
aperla bebal betul hari ni... ker, aku ni yang tak gheti..
smalam balik dari show kat taiping, perak.. erm best jugak.. pergi sana hotel orang kasi 3 bilik,
makan sedap-sedap, bayar 5 ribu... at last, perform satu lagu jer!! hehe.. hijjaz dah naik taraf nih!
program smalam tu anjuran kerajaan negeri... our prime minister ada kat situ. lawatan kerja di
seluruh negeri perak.. so, kampung aku antara tempat yang terpilih gak la.. selain paklah ada tajol rosli menteri besar perak, raja nazrin, raja ahmad(kawan abah) adun, y.b isa n ada la lagi kroni kroni dia yang lain..
so, memula ada persembahan puisi ala2 teater tentang pahlawan negeri perak yg pernah wujud dikampung aku.. tokoh2 yg pernah 'bermain' disekitar kawasan tu oleh sorang pelakon teater dan
ahli kumpulan dia.. then ada ucapan demi ucapan sampai aku pun naik bosan... but aku berbangga la jugak sebab kampung aku ni ada ramai tokoh2 dan pahlawan pahlawan hebat...
then, masa yang ditunggu tunggu. hijjaz punya show. cuma aku rasa x puas hati sebab ajk diorang ni
tak susun bebaik program ni. kalau bagi hijjaz perform dulu kan senang. takder la jadik macam ni. aku dah risau. jam dah 5.15 baru nak start perform. patutnya time ni dah ready bertolak balik untuk show walimah kat k.l. langit plak dah gelap semacam jer.. isk boleh ker perform ni! bila hijjaz start perform, angin bertiup kencang.. namun masih terdapat penonton yang tak berganjak... kesian.. ada
sorang makcik tergolek dek penangan angin kencang.. then.. keadaan rasanya x dapat lagi dikawal..
sebab angin terlalu kencang dengan hujan yang semakin lebat.. P.A system terpaksa dilindungi..
but still ada lagi peminat yg belum berganjak! love u all..... tapi kena la berlindung gak itupun selepas disuruh oleh artis.... then.. kitorang terpaksa ler bergerak jugak memandangkan masa semakin suntuk...
malam plak, sib baik la sampai on time.. alhamdulillah... (thanks muaz) sempat ler hijjaz berselawat ketika rombongan pengantin tiba.. wah... hebat gak majlisnya... dengan khemah yang besar lampu khemah yang cantik.. backdrop pun ada! siap ada gambar pengantin dan nama hijjaz
lagi... but, kali ni kami perform 9 lagu... balas dendam siang tadi satu lagu jer...
aku rasa puas dengan show minggu ni.. sebabnya, aku dapat projek yang akan datang.. aku dapat 3 show, show bergerak, program remaja, dan juga ada yang nak tolong aku carikan sponsor untuk
hijjaz untuk show bergerak! yes!! gotcha!!.. hebat rasanya bila bleh berkawan dengan golongan hebat2 camni.. banyak pengetahuan kita.. then, banyak benda baru yang kita dapat..
maybe ada benda yang diorang bleh bantu untuk projek aku yang akan datang... itu yang paling
aku harapkan... berjumpa plak dengan instructor scuba diving.. kebetulan, minat kami sama.. aku
dan dia minat rekreasi... banyak ler benda yang kami bincangkan tentang rekreasi.. dan dapat lagi projek baru... itu yang penting... gaya dia nampak macam rugged but, dia minat nasyid.. that is more important... so, secara x langsung dia akan cuba serapkan slot nasyid ni dalam aktiviti dia..
hahahaha.... best!
Posted at 01:33 am by syamiel
Permalink
May 1, 2005
kekadang aku teringat balik zaman aku bersekolah dulu.. dari sekolah rendah Jalan Menteri, sekolah rendah St george, SM St George, SMT slim river. tu sumer sekolah sekolah aku dulu... yang mengajar aku mengenal betapa luasnya dunia ni... aku citerkan kenangan manis dan pahit aku masa zaman skolah skolah ni.......
Sekolah Rendah Jalan Menteri, Selama Perak.
biasanya pagi2 bangun mak aku kejut.. stail dia kejut aku len macam skit "amir, nak gi skolah tak??" yang herannya, setiap kali mak aku tanya, aku mesti cakap nak gi skolah... kiranya aku ni kategori budak baik la jugak.. yer la, kalau budak lain tu mesti kata "tak nak skolah" kan? kan? kan?.. bangun mandi, time ni ayah aku ditugaskan untuk menggosok baju kami sekeluarga... mak aku sediakan sarapan pagi. bila dah siap, cium tangan mak then naik motor ngan ayah gi skolah. turun jer motor, ayah sikatkan rambut. then lepas cium tangan dia baru la masuk kelas aku yg macam pasar malam ataupun stesyen bas ekspress.. bising giler..
kenangan manis aku kat skolah ni, aku darjah 3 tapi aku dah boleh menandingi budak darjah 6 punya sukan.. paling terrer, lompat jauh... hampir aku jadi wakil skolah masa darjah 3 tu. cikgu cakap aku ada bakat untuk pergi lebih jauh. then, yang aku paling banyak mendapat sambutan, acara gimnastik...
kenangan pahit aku kat sini, selepas aku x dapat join apa2 pun pertandingan sebab aku terpaksa ikut ayah aku berpindah ke taiping... rugi jer berlatih.... kawan2 aku pun x tahu aku kena pindah...
Sekolah rendah St. George, Taiping.
heh masa ni memang bebetul susah.. banyak kenangan pahit dari kenangan manis... cuma aku rasa bersyukur, sebab waktu aku x ada sesapa pun untuk bermanja, datuk ngan nenek sentiasa disisi.. cuba memenuhi keperluan aku sekadar yang termampu.. namun aku gembira, sekurangnya aku pernah merasa hidup susah... membantu datuk dan nenek menjual nasi lemak disekolah. cuma yang rasa sedikit perit, bila baju sekolah aku, x ada yang mencuci, aku cuci sendiri. rumah x ada mesin basuh sebab x ada elektrik, cuma pakai tangan. asap jelaga yang hitam selalu jer ubah warna baju aku tiap kali nak pergi skolah... tensyen jugak... tapi aku dah biasa.. kasut skolah koyak pun, aku pakai jugak.. sebab rasa boleh pakai lagi. buku tulis skolah dah macam rojak.. satu buku ada 4 subjek yang aku belajar, sumer aku conteng kat dalam tu. yuran pun, cikgu kelas aku yang bayarkan....
bab belajar plak, x der la lembab sangat... boleh la naik kelas yg pandai skit.... masa tu, aku paling terrer subjek B.M, agama, dengan muzik.. biasanya aku jadi tempat untuk rujukan bila sampai tajuk2 ni... tu yang aku suka, kalau bab 'bermain' dalam kelas pun aku ler yang paling terrer..
saat yang agak sedih, bila cikgu kelas aku minta ketua kelas pergi kantin ambil sabun dan berus basuh baju.. katanya, nak basuh baju aku yang dah tak macam baju skolah... orang lain ketawa.. agaknya kelakar... tapi aku nak menitik air mata.. sakit ati jugak.. baju ni tangan aku sendiri yang basuh... perlu ker ada lagi orang lain yang usik?..
dah arr.. malas citer panjang....
Sekolah Menengah St. George Taiping..
masa ni, dah ada sedikit perubahan pada aku.. pakaian, belajar corak hidup... dah berubah la sikit.. cuma yang sama bab 'buku rojak' dengan 'yuran: cikgu gak yang bayar..." hahahah...
best jugak, rasa macam betul2 anak yatim..
kenangan manis masa ni, bila dah ada cikgu yang sayang kita.. anggap macam anak, ambil berat sumer.. tapi herannya, dari tingkatan 1 sampai la aku dah cecah tingkatan 3, cikgu yang paling sayang aku ialah cikgu bahasa melayu.. isk... nak buat menantu cakap jer la...
dan.. aku aktif pengakap laut masa ni... memang best jadik pengakap.. masuk hutan.. main tali... buat aktiviti... nyanyi reramai.. best oo.. hilang rasa susah hati... cuma, pening kepala bila ketua aku tanya, "hello kawan, uniform bila mau beli??" aiseh... mamat ni lagi..
Sekolah Menengah Teknik Slim River..
bermulalah era baru untuk aku.. aku dah dapat skolah asrama... ok la.. hebat per.. aliran vokasional. tapi kursus elektronik. terasa macam dah jadik budak pandai ( ada laporan mengatakan, keputusan pmr aku adalah yang paling lemah. tapi dapat sampai sini gak!!) so, banyak ler benda baru yang aku dapat masa belajar kat sini... macam biasa, tajuk bahasa melayu, aku masih champion... (aper penyakit la...)
cuma, kat sini, pencapaian aku dalam bidang kokurikulum punyalah tahap melampau.. wakil skolah untuk 3 jenis sukan... bolasepak, rugby dan juga acara pecut... dapat anugerah tokoh sukan... jadi la.. nak dapat tokoh akademik susah sangat.. pernah satu ketika, aku balik dari sukan skolah bersama dengan 'pembantu-pembantu'.. tolong angkat 13 buah pingat dan juga piala...
kat sini banyak kenangan manis aku.. dari bab berkawan, bersukan, belajar... dan macam2 lagi.. erm... rindunya zaman skolah. teringat kengkawan aku yang nakal2 dulu.. ntah jadi aper la diorang skang ni... kekadang tersenyum aku sensorang bila teringat, ketua kelas aku ajak semua satu kelas ponteng kelas hari jumaat.. sebab nak balik kampung reramai. ni kes lompat pagar ler ni.. aper punya ketua kelas la... kan semua dah kena denda bila balik dari bercuti dikampung.. yang best tu... ketua kelas elektronik tu aku....
Posted at 10:01 am by syamiel
Permalink
adeh... pening melayan bebudak ni kat ym... ntah la anak sapa ntah....sakit kepala nak menjawab soalan... agaknya kalau artis ntah macamana la diorang melayan karenah yer?... x online kang, x dapat plak nak chatting ngan member lelain... agaknya kerja dengan artis HME ni camtu agaknya... biasa la... mula2 tanya abang syamiel ni sihat ker tak... then lelama start ler tanya abang hafiz, abang fitri, abang khalil n abang abang yang lain... hehe... aper la bebudak ni... tanya la aku ni dah makan ker belum kan senang aku mintak belanja...
pengalaman aku jadi PR artis hme ni... ada yang best, ada yang tak... tapi kebanyakannya best best jer.. sebab kerja camni enjoy.. aku kenal ramai orang... dari orang biasa sampai ler ke dato', tan sri... best gak... bertambah kenalan aku.. cuma.. agaknya orang2 camni x dapat nak ngam ngan aku kalau perkara selain dari show... maklum la... muda sangat... kalau macam dulu, abang ito maybe ok skit sebab berumur... pengalaman dah tentu la banyak... so banyak benda yang dia bleh cerita dan benda untuk dikongsi cerita.
erm... susah jugak nak ubah cara aku.. asalnya x banyak cakap, tapi terpaksa buat buat ramah... semuanya sebab kerja. kalau macam fiza senang... duduk buat kerja x yah cakap bebanyak... tau tau kerja siap... tapi, takkan la pr macam aku nak kena duduk senyap jer.. dah tentu la kerja tak jalan.. mula2 heran jugak apsal la hme ni amik aku jadi pr.. hilang akal ker aper.. dah la pengalaman x ada, cakap x banyak... but, lelama aku fikir balik, mungkin rezeki aku disini. dengan cara ini barangkali. aku redha, rezeki tuhan yang beri. jalan dia yang tunjuk... cuma aku diberi peluang. sebaiknya aku gunakan...
firstly, nak ucap timer kasih kepada kak atie.. (kakakku tersayang) yang memberi kepercayaan sehingga sampai ke tahap ini. walaupun aku sedar, banyak kerja kerja aku dia yang setelkan. banyak tunjuk ajar dan nasihat dari dia yang menjadi 'bekal' untuk aku terus berhadapan dengan beribu jenis ragam manusia... begitu juga dengan encik hasyim. ntah aper la ayat dia sehingga dapat buatkan staf lain percaya yang aku ni boleh membantu syarikat... then kepada abang zam, banyak idea idea best dari dia untuk staf macam aku dan juga untuk syarikat. kepada muaz dan mie os, dua sahabat 'pening' yang best yang banyak membantu. then kepada kak nik (orang yg kira claim aku) dan kak jijah (orang yang membantu aku dari segi kewangan) along, khairi, dan juga nasir.. memang best bila semua staf ni berkumpul... macam keluarga... agaknya, sebab ada diorang ni semua la yang membuatkan aku tak balik kampung dah 4 bulan...
Posted at 05:44 am by syamiel
Permalink
Jan 15, 2005
BICARA KATA dari syamiel....
bicara kata (in-team)
Terkadang aku, berfikir sendirian...
Perlukah amarahku dibiar terus menyala..
Membakar membara, dengan rasa bangga,
Mencela mereka dengan kata-kata..
Terlajak perahu..
masih boleh diundur lagi..
terlajak kata, buruk padahnya...
pesona cinta (hijjaz)
lilin yang menyala membakar dirinya,
buat menemani insan yang memerlukan,
tanpa disedari diri sendiri sirna,
duka nestapa dibiarkan saja....
Buat pertama kalinya dalam bidang penghasilan blog ni, aku meng 'up date' kan blog. tak tahan beb asyik disoal jer " syamiel, bila nak up date blog tu??"...
erm.... selepas menuntut ilmu dengan kak atie ngan sya, rasanya ilmu ni dah cukup untuk aku mulakan aktiviti meng'up date' kan blog ni se'kreatif' mungkin.. mana tahan, orang lain asyik up date blog jer... aku pun nak jugak.. rupanya baru la kau faham, blog ni boleh jadi macam diari la jugak... sama jer.. yang bezanya, diari ni orang lain bleh baca... kalau camtu... citer yg secret secret sangat tu x bleh citer arr kan... best jugak rasanya bila kita dapat luahkan
aku baru jer balik dari permatang pauh, penang. tempat aku belajar dulu ler... best... dapat jumpa adik-adik junior balik dan jugak best friend aku, hazrul.. kebetulan, hijjaz ada show sempena maulidurrasul. sian adik2 aku ni, dekat 3 kilometer berjalan... tapi ramai2 kan? apa nak kira.. best jer la..
masing2 keletihan tapi masih bagi aku senyuman dan layanan.. walaupun baju memasing macam baru keluar dari washing machine....( best arr korang sumer!!! )
selain hazrul ada ina, izan, mai, ema, ita dan ramai lagi la junior2 aku yg lain yg tak ingat dah nama diorang sumer.. diorang jer ingat nama aku (heheh...) aku suker diorang ni sebab rajin tolong aku masa buat keja jpp dulu time belajar... bebetul rajin, x kisah bila masa pun aku call nak minta tolong.... cepat jer diorang sampai... ada yang pernah aku interview masa nak jadi jpp, skang dah jadi presiden... ada yang aku nasihat suh belajar rerajin masa baru2 masuk, skang dah jadi best student...
teringat balik zaman2 belajar dengan bebudak ni dulu.. disamping kuliah, aku aktif dengan perwakilan pelajar. banyak pembaharuan dalam jpp tu yang aku buat. banyak kenangan manis aku dengan bebudak jpp ni. dan yang paling best, aku tercalon untuk exco dan juga YDP jpp, dan untuk YDP dikatakan aku mendapat undian tertinggi masa pengundian tu. cuma masa tu, keadaan aku tak mengizinkan untuk aku terus menjadi YDP.. then, aku terima jawatan exco selepas aku menang undian 100%. x ada satu pun pihak yang membangkang macam calon exco lain... (hehehehe..)
then, bab nasyid... ni la zaman mula mula aku menceburkan diri dalam bidang nasyid. abis tu, takkan nak perform lagu linkin park atas stage kan? sebab minat bab bab seni ni, so aku join group nasyid jer la kan.. terdidik skit jiwa ni.. cuma, masa tu aku main kompang jer. hatim ismadi, anak saudara ustaz asri rabbani antara orang yang bertanggungjawab menjadikan aku penasyid.. lepas tu aku mula serius deengan nasyid tapi bebudak ni banyak bawa lagu2 nasyid dari kumpulan qatrunada, mawadah, diwani... ada la lagu2 hijjaz dan rabbani, tapi bleh kira la satu sem tu nyanyi baper kali.. then, masa aku dah terlibat dalam group nasyid tu dengan 'suara' aku sekali.. maka, bermulalah era nasyid komersil yang sering kumpulan aku bawakan.. so, ada la lagu2 inteam, hijjaz, rabbani yang sering kami bawa disamping lagu tema kumpulan ni - tuhan cinta agung....
masa tu, aku 'gila F1'... bebudak junior gelar aku abang F1. apa taknya, hari isnin aku pakai baju Orrange (dah bankrup dah team ni...) hari selasa jaguar, hari rabu bmw, hari khamis ferrari cuma hari jumaat jer aku pakai macam budak perdagangan, kemeja lengan panjang. kekadang siap 'tie' lagi.. yer la, bebudak mechanical ni kan ker serabai skit baju kuliahnya...
then, dalam masa yang sama. aku la satu satunya student yang dapat tinggal dalam kamsis dari awal aku masuk sampai aku keluar pollytech. selama 4 semester aku kat dalam kamsis tu.. mana ada budak2 lain buat. yang lain stay satu sem jer.. paling lama pun 3 sem.. mana la bebudak kelas aku tak bengang dengan aku... diorang yang lain kena sewa umah kat luar...
nama jer tinggal kat penang 3 tahun, tapi x banyak jalan yang kat island yang aku tau.. nak pergi bukit jambul, komtar, batu feringgi aku tau la.. yang lain2 tu x reti la.. sebabnya, jarang keluar kamsis. orang lain keluar tiap2 minggu gi jalan2.. aku nak keluar sebulan sekali pun malas..
abis sangat balik kampung... lagi bagus, suh mak aku buat laksa.....
Posted at 10:49 pm by syamiel
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
syamiel..sebuah nama virtual
hadir di dunia maya bersama harapan ukhuwah
menggalas impian ummah
menjunjung cita-cita berhikmah
moga huluran mahabbah
berkekalan dunia dan akhirah

|
 |
|